Assalamualaikum semua...
Lama betul rasa tak menulis blog. Bukan bersawang dah blog nih, tapi dah tenggelam macam kapal TITANIC gitu. Hihi. Rindu nak menulis. Tapi, dek kekangan masa, tak sempat nak mengarang ayat.
Hari ini, Intan nak kongsi satu resepi muffin. Muffin coklat lembap ni antara feveret dalam banyak2 muffin yang Intan buat.
Bahan-bahan untuk muffin (Saiz hidangan: Untuk 18 biji)
Bahan 1:
3 biji telur
1 cawan gula kastor
1 cawan susu cair @ susu segar (Intan guna susu cair)
1 cawan minyak jagung
Bahan 2:
2 cawan tepung gandum
1 cawan serbuk koko
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil baking powder
Bahan 3:
1 cawan air panas
Cara-cara:
1. Campurkan semua bahan 1. Kemudian, gaul sebati. Ketepikan.
2. Campurkan semua bahan 2. Sebelum campurkan, sila ayak dulu ye. Untuk tekstur yang tak berketul. Gaulkan sebati.
3. Masukkan bahan 1 yang telah digaul ke dalam bahan 2. Kacau sehingga sebati. Kemudian, campurkan bahan 3. Kacau sehingga semuanya sebati juga.
4. Kemudian, susunkan bekas muffin atas tray. Masukkan bahan tadi sehingga 3/4 daripada bekas muffin tersebut.
5. Selepas itu, boleh bakar di dalam oven dengan suhu 175 darjah Celcius selama 30 minit.
6. Akhir sekali, tunggu sejuk, dan boleh hias muffin dengan piping nutella dan taburkan chocolate rice yang berwarna-warni.
7. Muffin coklat lembap sedia untuk dihidang!!!!
![]() |
| MUFFIN COKLAT LEMBAP |
Selamat Mencuba Semua☺.

No comments:
Post a Comment