Assalamualaikum semua..
Sekarang ni tengah jerebu sangat seluruh negara. Intan pun dah start selsema dan batuk. Risau jadi makin teruk. Harapnya semua jaga kesihatan. Pakailah mask bila perlu.
Hari ini, Intan nak share satu resepi kuih yang jenis masin. Kita selalu familiar dengan kuih yang manis. Tapi sejenis Intan ni lebih suka kuih yang masin. Bukan manis.
Resepi ni Intan dapat daripada kakak Intan, iaitu Kakteh. Kakteh ni dulu ambil katering waktu di Sekolah Teknik. Setiap kali dia balik sekolah, mesti tertunggu2 apa yang dia bawak balik. Sebab memang sedap air tangan kakteh ni. Jadi, satu hari tu dapatlah resepi ni daripada Kakteh, iaitu resepi cara berlauk. Alhamdulillah, setakat ni ramai yang suka dengan kuih cara berlauk ni. Sebab Intan jual juga kuih cara berlauk ni. Dan sambutannya sangat menggalakkan. Berikut adalah resepi untuk kuih cara berlauk. Jika ada kelapangan, anda semua boleh mencuba. Sebab senang sangat. Yang paling penting kena ada, acuannya. Pastikan acuan tu x melekat. Sebab nanti menyulitkan proses buat kuih tersebut.
Saiz hidangan: 30 - 36 biji
Bahan-bahan untuk inti:
500 g daging kisar Ramly
3 biji bawang besar
3 biji bawang putih
3 sudu kecil yang menimbun serbuk kari Adabi (guna yang ikan punya)
Garam dan gula secukup rasa
Bahan-bahan untuk tepung:
1 biji telur
5 senduk nasi tepung
1 liter air
Secubit garam
Pewarna kuning
Bahan untuk hiasan:
Lada besar merah yang dipotong kecik
Cara-cara:
Inti:
1. Bawang besar dipotong dadu dan bawang putih dicincang halus. Kemudian, tumiskan sehingga naik bau.
2. Selepas itu, masukkan daging, dan kacau sehingga daging empuk.
3. Seterusnya, masukkan serbuk kari, garam dan gula, dan SIAP!!!
Tepung:
Masukkan semua bahan ke dalam blender, dan blender sehingga semua bahan sebati.
Proses untuk hasilkan cara berlauk:
Apabila tepung dan inti siap disediakan, panaskan acuan. Lenserkan acuan dengan sedikit minyak.
Kemudian, masukkan tepung dahulu dan seterusnya masukkan satu sudu kecil inti, dan seterusnya letakkan hiasan lada besar yg telah dipotong kecil.
Tutup dengan tudung periuk, dan tunggu sehingga masak. Apabila masak keluarkan, dan begitulah proses seterusnya sehingga siap.
Kuih cara berlauk ini sangat sesuai untuk dinikmati ketika minum pagi ataupun minum petang. Ketika jamuan juga sesuai dihidangkan kerana mudah untuk dimakan. Jadi, tunggu apa lagi. Jom, buat kuih cara berlauk!!
Sehingga jumpa lagi. Selamat mencuba!!!
Saturday, 21 September 2019
Friday, 20 September 2019
RESEPI MUFFIN COKLAT LEMBAP
Assalamualaikum semua...
Lama betul rasa tak menulis blog. Bukan bersawang dah blog nih, tapi dah tenggelam macam kapal TITANIC gitu. Hihi. Rindu nak menulis. Tapi, dek kekangan masa, tak sempat nak mengarang ayat.
Hari ini, Intan nak kongsi satu resepi muffin. Muffin coklat lembap ni antara feveret dalam banyak2 muffin yang Intan buat.
Bahan-bahan untuk muffin (Saiz hidangan: Untuk 18 biji)
Bahan 1:
3 biji telur
1 cawan gula kastor
1 cawan susu cair @ susu segar (Intan guna susu cair)
1 cawan minyak jagung
Bahan 2:
2 cawan tepung gandum
1 cawan serbuk koko
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil baking powder
Bahan 3:
1 cawan air panas
Cara-cara:
1. Campurkan semua bahan 1. Kemudian, gaul sebati. Ketepikan.
2. Campurkan semua bahan 2. Sebelum campurkan, sila ayak dulu ye. Untuk tekstur yang tak berketul. Gaulkan sebati.
3. Masukkan bahan 1 yang telah digaul ke dalam bahan 2. Kacau sehingga sebati. Kemudian, campurkan bahan 3. Kacau sehingga semuanya sebati juga.
4. Kemudian, susunkan bekas muffin atas tray. Masukkan bahan tadi sehingga 3/4 daripada bekas muffin tersebut.
5. Selepas itu, boleh bakar di dalam oven dengan suhu 175 darjah Celcius selama 30 minit.
6. Akhir sekali, tunggu sejuk, dan boleh hias muffin dengan piping nutella dan taburkan chocolate rice yang berwarna-warni.
7. Muffin coklat lembap sedia untuk dihidang!!!!
Selamat Mencuba Semua☺.

![]() |
| MUFFIN COKLAT LEMBAP |
Selamat Mencuba Semua☺.
Subscribe to:
Comments (Atom)